Monday, May 3, 2010

Penting dirikah aku ini..??

Tentang interview Konica Minolta tu, aku mendapat tentangan dari keluarga aku..
Mereka ingin aku melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya..
Aku sudah menjelaskan niat aku untuk ke interview tersebut..
Aku ingin mencuba nasib dan ingin menimba pengalaman bagaimana rasanya ditemuduga oleh syarikat besar..
Tetapi mereka tidak memahami aku..
Aku andaikan bagaimana jika aku tidak mendapat tawaran melanjutkan pelajaran..??
Aku bukannya pelajar pandai dan aku dapat merasakan peluang aku untuk melanjutkan pelajaran agak tipis..

Niat aku untuk melanjutkan pelajaran tidak pernah pupus dalam jiwa..
Cuma kali ini berilah aku peluang untuk membuat keputusan sendiri..
Manalah tahu esok adalah rezeki aku..

Doakanlah aku agar segalanya dipermudahkan dan
murah rezekiku dimuka bumi ini..
Amin..

Saturday, May 1, 2010

Berlalu sudah..

Akhirnya mimpi ngeri yang dialami telah berlalu pergi..
Hari Inovasi telah berlalu dengan 'jayanya'..
hahaha..
Dah terlepas satu bebanan yang selama ini aku tanggung..
dan sekarang aku kena fokus pada laporan akhir projek..
rasanya cam tak ada masalah kot..
Final exam juga jangan dilupakan..
Penting 2..

Pada 4 Mei ini, aku ada temu duga kali kedua dengan Konica Minolta..
Aku seperti tidak bersedia apa-apa lagi2 dari segi mental..
Takut sebenarnya..
Kena temuduga dengan orang Jepun kot..
huhuhuhu..
pe2 pun aku harus lakukan dengan yang terbaik..
dapat x dapat 2 lain cerita..
yang penting mahu mencuba..

Monday, April 26, 2010

Tekanan Semakin Dirasai..

Tinggal lagi kurang 2 hari untuk Hari Inovasi JKE..
Hari yang menakutkan bagi pelajar-pelajar sem akhir..

Sempatkah aku menyiapkan segala persiapan untuk hari berkenaan..?
Dengan brosur..
Poster lagi..
Mana report ringkas..
Report akhir pun ntah ke mana..

Kusut dan sesak fikiran ini..
Banyak betul dugaan dan cabaran hidup..
Tetapi inilah yang mengajar erti kehidupan..

Bukan senang hendak senang..
Bukan susah hendak susah..

Renung-renungkan dan selamat beramal..
Hehehe..

Saturday, April 24, 2010

Tertekan..

Hmm minggu ini minggu yang penuh dengan tekanan..
Lepas satu pergi, datang lagi satu..
Kusut fikiran..
Semuanya perlu diselesaikan dengan segera..
Kadang-kadang aku rasa seperti hendak berputus asa..
Tetapi apabila aku teringat kata-kata semangat yang diberikan oleh kekasihku, aku jadi lega dan ada sedikit ketenangan dihati ini..

Selain dibebani dengan tugasan yang menimbun, aku juga mengalami masalah dengan kawan baik aku..
Aku tahu itu memang salah aku..
Aku telah meminta maaf dengannya tetapi dia tidak mahu maafkan aku..
Di kelas pun, dia seperti tidak mahu pandang aku lagi..
Apatah lagi bercakap..
Hubungan kami semakin renggang..
Aku tidak mahu kehilangan kawan baik sepertinya..


p/s : To Mr. S
Aku minta maaf..Aku tahu aku salah..
Jika kau tidak maafkan pun at least bagitahu la..
aku tak tahu cam ne lagi nk cakap..
aku btl2 mintak maaf..

Saturday, April 3, 2010

Akhirnya Sampai Juga..

Hmm hari ini boleh dikatakan hari yang agak bersejarahlah juga..hehehe
Ye la, buat pertama kali kekasih hatiku sanggup datang Melaka dengan sendirinya..
Sebelum2 ni, jangan harap la dia nak datang..

Aku harap sepanjang hari berlalu dengan indah..

Sunday, March 14, 2010

Balik Kampung..


Hmm baru ini aku hendak pulang sedangkan kawan-kawan serumah telah lama pulang..
Mereka pulang hari Jumaat..
Lamakan aku tinggal sendirian..
Tetapi tidak mengapa..
Aku berasa tenang apabila bersendirian..
Sunyi dan sepi..
Tenang tanpa suara yang memekik menjerit..

Rasa seperti tidak mahu pulang pula..
Tetapi aku juga ada tugas yang menanti di kampung..
Dan yang penting sekali..
Aku meRINDUi keluarga aku..
Keluarga aku juga tidak sabar menunggu kepulangan aku..
Aku pasti mereka juga merindui aku..

Mak dan ayah, Nurul akan pulang sebentar lagi..
Tunggu ye Nurul pulang..


Friday, March 12, 2010

Dugaan dan Ujian dalam Perhubungan..

KESETIAAN..!
Semua orang pasti inginkan kesetiaan dalam perhubungan malah kejujuran dan keikhlasan itu penting..
Dan setiap perhubungan itu pasti datangnya dugaan..Tidak mengira samada kita berada jauh atau dekat dengan pasangan kita..

Kini..aku sedang dilanda satu masalah dan terpaksa berperang dengan diri sendiri..
Dengan kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku..
Dan dia seperti ujian dan dugaan yang diturunkan oleh-Nya..
Untuk menguji sekuat mana keutuhan iman pada-Nya serta kesetiaan aku pada kekasih hati..

Dia merayu-rayu ingin bersama..
Dan buat masa sekarang ini, kesetiaan aku masih kuat..
Aku belum terfikir untuk berlaku curang..

Walaupun aku dan kekasih hati berjauhan..
Tetapi itu tidak dijadikan alasan bagi diriku..
Kekasih hatiku begitu baik melayani aku..
Jadi tiada sebab mengapa mesti aku berlaku curang..??

p/s : To Mr Z..Hney sayangkan B..

p/s : To Mr F..Maafkan saya..Saya tidak boleh menerima awak kerana hati ini sudah dipunyai..kita hanya mampu menjadi rakan..


glitter-graphics.com