Monday, April 26, 2010

Tekanan Semakin Dirasai..

Tinggal lagi kurang 2 hari untuk Hari Inovasi JKE..
Hari yang menakutkan bagi pelajar-pelajar sem akhir..

Sempatkah aku menyiapkan segala persiapan untuk hari berkenaan..?
Dengan brosur..
Poster lagi..
Mana report ringkas..
Report akhir pun ntah ke mana..

Kusut dan sesak fikiran ini..
Banyak betul dugaan dan cabaran hidup..
Tetapi inilah yang mengajar erti kehidupan..

Bukan senang hendak senang..
Bukan susah hendak susah..

Renung-renungkan dan selamat beramal..
Hehehe..

Saturday, April 24, 2010

Tertekan..

Hmm minggu ini minggu yang penuh dengan tekanan..
Lepas satu pergi, datang lagi satu..
Kusut fikiran..
Semuanya perlu diselesaikan dengan segera..
Kadang-kadang aku rasa seperti hendak berputus asa..
Tetapi apabila aku teringat kata-kata semangat yang diberikan oleh kekasihku, aku jadi lega dan ada sedikit ketenangan dihati ini..

Selain dibebani dengan tugasan yang menimbun, aku juga mengalami masalah dengan kawan baik aku..
Aku tahu itu memang salah aku..
Aku telah meminta maaf dengannya tetapi dia tidak mahu maafkan aku..
Di kelas pun, dia seperti tidak mahu pandang aku lagi..
Apatah lagi bercakap..
Hubungan kami semakin renggang..
Aku tidak mahu kehilangan kawan baik sepertinya..


p/s : To Mr. S
Aku minta maaf..Aku tahu aku salah..
Jika kau tidak maafkan pun at least bagitahu la..
aku tak tahu cam ne lagi nk cakap..
aku btl2 mintak maaf..

Saturday, April 3, 2010

Akhirnya Sampai Juga..

Hmm hari ini boleh dikatakan hari yang agak bersejarahlah juga..hehehe
Ye la, buat pertama kali kekasih hatiku sanggup datang Melaka dengan sendirinya..
Sebelum2 ni, jangan harap la dia nak datang..

Aku harap sepanjang hari berlalu dengan indah..