Pada malam kelas MUET, aku terpaksa berkorban, mengalah hanya kasihan sahabat aku yang seorang ini tetapi pada akhirnya aku tertipu..Mengapa mereka melakukan sedemikian??Kejadian yang lebih kurang serupa dengan malam itu berlaku lagi hari ini..Aku hanya mampu mengadu pada kekasihku..Menangis di talian telefon..Hanya itu yang aku mampu lakukan..
Aku malu hendak mengadu pada sahabat baikku yang lagi satu itu..Ini kerana hubungan kami telah renggang dan tidak diketahui mengapa hubungan itu jadi begitu??Mungkin kerana salah aku juga yang sering mengganggu hidupnya dengan masalah-masalah aku..
Dan sekarang ini, aku hanya mempunyai satu sahaja tempat untuk mengadu selain kekasihku iaitu blog aku ini..Sekurangnya perasaan yang berbaur ini dapat dikurangkan..
