
Seorang sahabat adalah seseorang yang melihat keburukanku tetapi tidak pernah melupakan kebaikanku
Seorang sahabat adalah seseorang yang berfikir bahwa saya lebih indah daripada sesungguhnya
Seorang sahabat adalah seseorang yang boleh saya ajak bicara selama berjam-jam atau bersama dalam keheningan
Seorang sahabat adalah seseorang yang sama bahagianya denganku kerana kejayaanku
Seorang sahabat adalah seseorang yang tidak mencuba untuk tahu lebih banyak atau menjadi guruku.
Seorang sahabat adalah seseorang yang mendengarku bahkan pada saat dia tidak tertarik secara khusus terhadap apa yang kuucapkan. Dia mendengarkan kerana dia melihat hal itu penting bagiku.
Seorang sahabat adalah seorang sahabat..
Itulah makna sahabat bagi diriku tetapi aku masih tidak faham mengapa sahabatku sangup menikam aku dari belakang..Sanggup mengkhianati persahabatan apabila kami bertelingkahan..sehingga kini aku bersabar dan terus bersabar melayan karenah sahabat-sahabatku walaupun kadang-kala mereka menyakiti aku kerana aku pegang pada makna persahabatan itu..


