Monday, December 14, 2009

Cinta..


Pada aku, cinta itu memberi erti yang mendalam dalam hidup..Siapa kata cinta kedua atau seterusnya tidak membahagiakan dan membawa erti?? Dan siapa kata cinta pertama itu tidak mampu untuk dilupakan?? Mengapa kita masih hendak mengingati kisah lama yang sedih dan menyakitkan menyelubungi dan menghantui kita sedangkan kisah gembira dan bahagia sedang terbentang di mata..

Jangan tinggalkan orang yang menyayangi untuk orang yang kita sayang.. Belum tentu orang yang kita itu menyayangi kita seperti kita menyayanginya.. Oleh itu, hargailah apa yang kita ada sebelum kita menyesal atas kehilangannya..

Suatu perhubungan itu bukan senang untuk dicipta.. Setiap perhubungan perlu ada keikhlasan, kepercayaan dan kesetiaan.. Persefahaman antara pasangan jua penting.. Kita perlu memahami pasangan kita begitu jua dengan pasangan kita.. Sebenarnya dalam semua perhubungan perlu ada perkara-perkara tersebut bukan hanya dalam hubungan cinta sepasang kekasih remaja..

Cinta itu tidak pernah buta tetapi manusia yang buta menilai cinta..
Cinta itu tidak pernah gagal tetapi manusia yang gagal menjaga cinta..
Cinta tidak akan datang kalau tidak dicari..dan
Cinta jua tidak akan memberi jika tidak diminta..tetapi mintalah
Cinta pada yang sudi memberi..




Friday, December 11, 2009

Akhirnya..


Hehe..akhirnya berjaya jua aku memasukkan lagu pada blog aku ini..Selama ini aku mencari bagaimana dan ada seorang kawanku yang sudi membantu..Hahaha..aku memang suka dengar muzik..Seolah-olah akan tidak sempurna hidup ini kalau satu hari tidak dengar muzik..

Dan sekarang, aku perlu membaikpulih blog aku supaya kelihatan lagi menarik..Apa lagi agaknya yang aku perlu lakukan untuk bolg aku ini??Banyak lagi yang perlu aku pelajari..Dan aku sentiasa perlukan bantuan rakan-rakan..Sebelum aku tahu memasukkan lagu, aku ada bertanya seorang kawan bagaimana hendak memasukkan gambar dalam entry..Terukkan aku ini..Perkara mudah pun aku meminta bantuan rakan..Kusut3


Friday, December 4, 2009

Mengapa mesti aku??


Hari ini aku betul-betul sakit hati..Mengapa mesti aku dipergunakan??Semua kerja mesti aku yang siapkan??Bukan aku hendak berkira dalam soal kerja tapi berpada-padalah..Bermula dari Selasa malam Rabu, aku dikerah untuk menyiapkan kerja yang tertunggak dan mereka sedikit pun tidak membantu..Rabu petang itu juga aku dikerah sekali lagi..Tidak mengertikah mereka bahawa badan ini juga letih??Malah lagi letih dari mereka..

Sekali lagi tenaga aku dikerah..Malam tadi dan hinggalah ke saat ini..Semuanya aku yang lakukan.. Pagi-pagi sudah kejutkan aku untuk mewarna sedangkan malam itu aku dikerah untuk mencari maklumat dan menaip..Mereka hanya tahu menghadap Facebook, YM, baca blog orang lain, dengar lagu, sedangkan aku bersekang mata menyiapkan tugasan sehingga aku lewat ke kelas hari ini..

Aku ingatkan apabila aku pulang dari kelas, tugasan yang semalam telah siap untuk dihantar.. Rupa-rupanya mereka masih nyenyak di ulit mimpi..Aku bersabar lagi..Dan petang ini, aku sangkakan mereka akan menyambun tugasan tersebut tetapi sekali lagi aku yang menyiapkan.. Aku penat dan sungguh penat..Aku hendak menangis kerana badan aku terlalu letih.. Mengapa mereka begitu mementingkan diri sendiri??

Monday, November 30, 2009

Keliru..

Di saat ini hatiku keliru..Melepaskan dia pergi atau...Jika aku melepaskan ianya pergi, mampukah aku hidup gembira sewaktu ada kehadiran dirinya?? Sedangkan sekarang apabila aku di perkhabarkan berita itu semangat aku telah hilang..berlalu bersama air mata..

Terlalu mudah dia melafazkan kata itu..Tanpa memikirkan hati dan perasaan ini..Sungguh tegar hatinya..Aku memahami perasaannya..Sesiapa saja akan tegar melafazkannya kerana hati sudah kembali kepada kekasih lama..Diri ini hanya sekadar persinggahan buat dirinya untuk melepaskan rasa sunyi dan sepi..Mungkin sudah takdir hhidupku sebegini aku redha..Biarlah aku sendiri..

Aku akan mendoakan kebahagiaan dirinya dari jauh..Biarlah aku sengsara dan menderita asalkan orang yang aku sayang gembira dan bahagia..


Seperti Yang Ku Jangka Terjadi

Sekali lagi ku lalui jalan sepi
Yang cukup diri ini kenali
Ku sangka dia yang ku cari
Telah ku jumpa
Namun dia yang menghancurkan jiwa

Cukuplah sudah hatiku dipanah duka
Cukuplah sudah segala sengsara
Dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu
Kerana ia akhirnya membunuhku

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri

Harapan terakhir ku rupanya sama saja
Dengan yang terdahulu darinya
Biarkan aku hidup tanpa belaian cinta
Biar semua tahu ku kecewa

Seperti yang ku jangka terjadi
Tewas sekali lagi
Menambahkan luka ynag sudah ada
Seperti yang ku jangka terjadi
Cinta datang dan pergi
Mungkin takdir ku hidup menyendiri

Mungkinkah takdir hidup ini menyendiri
Bertemankan sepi
Yang pasti setiap malam
Ku imbas kembali
Kenangan indah menyentuh hati
Yang pasti itulah saja mampu ku miliki
Mungkin sepanjang hayat ku bermimpi


Lirik lagu ini adalah luahan hati aku sekarang..Betapa hancurnya hati ini apabila dia tidak tahu antara dua..Tetapi dari gayanya dia seperti memilih perempuan itu..Aku terpaksa redha..Melepaskan dia pergi..Pelamin anganku bersamanya musnah..Dan tiada lagi lelaki dalam hidup ini..Hati ini terus tertutup rapat..Jika Allah hendak membuka hati ini, dan ketemukan aku dengan lelaki lain, aku redha..Tetapi tidak dalam masa yang terdekat ini..Aku akan buktikan bahawa tanpa dirinya aku juga mampu berjaya setanding dengannya dan perempuan itu..

Sunday, November 29, 2009

Hmm Dugaan..

Aku tak mengerti mengapa aku harus diuji sebegini?? Mengapa aku sering diuji dalam percintaan?? Tiada ruang bahagiakah dalam percintaan untuk diriku??

Sudah 2 malam aku tidak mendengar khabar berita darinya..Aku cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak dapat disambungkan..Kemanakah ia pergi??Adakah dirinya sudah membenci dirinya atau sudah bosan melayani karenah diriku?? Aku buntu..Aku tidak mampu untuk melakukan apa pun perkerjaan.. Siang malam aku meratapi dirinya..Menangis tiada henti..
Sesungguhnya aku begitu merinduinya..Sehinggakan ke hari ini aku masih tidak berputus asa menghubungi dirinya tetapi apa yang aku dapat ialah hampa..

Sampai bila aku harus menanti kebahagiaan dalam percintaan?? Tiadakah sinar cahaya itu untuk diriku??

Tuesday, November 24, 2009

Hati ini telah kembali ceria..

Hari minggu yang lalu, hati aku kembali ceria dan berbunga mekar setelah seharian mengalirkan air mata kerana sedikit perselisihan faham antara aku dan dia..Dia pandai pujuk aku..Itu yang membuatkan aku bertambah sayang kepadanya..

Sepatutnya aku kena memahami akan kerjayanya yang memerlukan komitmen yang tinggi tetapi tidak seharusnya juga dia mengabaikan aku..Kerana inilah aku dan dia mengalami perselisihan faham pada malam itu..Sepanjang malam aku menangis mengenang nasib diri..Hinggakan aku membuat keputusan bodoh iaitu memutuskan hubungan kami..

Pada keesokannya, dia segera menelefon aku dan memujukku..Pada mulanya hendak saja aku layan rajukku ini tetapi sampai bila harus begitu jadi aku membuat keputusan untuk bercakap dengan dia..Dan seperti selalu dia akan memujukku..Dia begitu matang dalam perhubungan tidak seperti aku yang berfikiran seperti kanak-kanak..Dia matang dalam menasihati aku..Aku begitu bahagia sekali..Kini hubungan kami berjalan lancar..Cuma aku sedikit terkilan kerana Hari Raya Aidiladha ini dia tidak dapat pulang kerana tuntutan kerja..Hmm aku terpaksa memahaminya walaupun hati ini begitu kuat memberontak..Mulai sekarang aku tidak boleh lagi seperti kanak-kanak dalam perhubungan..Kasihan dia melayani karenah aku..

Aku berdoa agar hubungan kami ini diakhiri dengan jinjang pelamin..Dan semoga jodoh kami akan kekal ke akhir hayat..

Wednesday, November 11, 2009

Permulaan..

Salam..
Apa yang saya akan postkan di blog ini tidak semestinya menceritakan semua yang indah dalam kehidupan..Cerita kehidupan yang tidak begitu juga akan saya postkan..Ini hanyalah sekadar satu coretan luahan hati dan apa yang terlihat oleh pandangan mata ini..

Coretan ini bertujuan adalah kerana aku tiada teman yang boleh berkongsi duka aku..Aku mempunyai rakan bersuka ria tetapi tiada teman yang sejati yang mampu berkongsi suka dan duka dengan aku..

Aku harap aku dapat mengurangkan rasa sakit ini dengan meluahkan di sini..Aku tidak peduli sama ada orang akan membaca atau tidak..Itu bukan tujuan utama aku..Aku hanya mahukan mengurangkan sedikit kesakitan ini..

Kehidupan ini tidak semestinya indah seperti yang kita harapkan..Anggap saja apa yang berlaku dalam kehidupan kita ini adalah suatu ujian dari-Nya..Ada hikmah di sebalik kejadian..

Ini hanyalah sekadar permulaan pada blog saya..