Sunday, March 14, 2010

Balik Kampung..


Hmm baru ini aku hendak pulang sedangkan kawan-kawan serumah telah lama pulang..
Mereka pulang hari Jumaat..
Lamakan aku tinggal sendirian..
Tetapi tidak mengapa..
Aku berasa tenang apabila bersendirian..
Sunyi dan sepi..
Tenang tanpa suara yang memekik menjerit..

Rasa seperti tidak mahu pulang pula..
Tetapi aku juga ada tugas yang menanti di kampung..
Dan yang penting sekali..
Aku meRINDUi keluarga aku..
Keluarga aku juga tidak sabar menunggu kepulangan aku..
Aku pasti mereka juga merindui aku..

Mak dan ayah, Nurul akan pulang sebentar lagi..
Tunggu ye Nurul pulang..


Friday, March 12, 2010

Dugaan dan Ujian dalam Perhubungan..

KESETIAAN..!
Semua orang pasti inginkan kesetiaan dalam perhubungan malah kejujuran dan keikhlasan itu penting..
Dan setiap perhubungan itu pasti datangnya dugaan..Tidak mengira samada kita berada jauh atau dekat dengan pasangan kita..

Kini..aku sedang dilanda satu masalah dan terpaksa berperang dengan diri sendiri..
Dengan kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku..
Dan dia seperti ujian dan dugaan yang diturunkan oleh-Nya..
Untuk menguji sekuat mana keutuhan iman pada-Nya serta kesetiaan aku pada kekasih hati..

Dia merayu-rayu ingin bersama..
Dan buat masa sekarang ini, kesetiaan aku masih kuat..
Aku belum terfikir untuk berlaku curang..

Walaupun aku dan kekasih hati berjauhan..
Tetapi itu tidak dijadikan alasan bagi diriku..
Kekasih hatiku begitu baik melayani aku..
Jadi tiada sebab mengapa mesti aku berlaku curang..??

p/s : To Mr Z..Hney sayangkan B..

p/s : To Mr F..Maafkan saya..Saya tidak boleh menerima awak kerana hati ini sudah dipunyai..kita hanya mampu menjadi rakan..


glitter-graphics.com

Try..!

Aku suka mendengar lagu..

Comel kan..So sekarang aku dah tahu nk buat setiap entry aku lebih comel kot.. Hehehe..

Monday, March 8, 2010

Tak disangka..


Petang ini sesuatu yang tidak dijangka..Di dalam kelas amali Sistem Mikroelektronik, aku tidak bersama-sama dengan ahli kumpulan yang sepatutnya tetapi aku mendapat ahli yang jauh lagi baik dari sebelumnya..

Aku berada di kalangan orang-orang yang mudah dibawa bincang dan tahu membuat kerja serta ada ingin perasaan ingin tahu terhadap kerja..Aku bersyukur kerana semester akhir ini, proses pembelajaran aku seperti dipermudahkan..Mungkin ini berkat doa ibu dan ayahku di kampung..Kerjasama antara rakan-rakan yang sedia membantu..Dan juga sokongan dari orang yang tersayang..Serta usaha untuk berjaya yang tidak putus-putus serta tidak dilupakan..Memohon pertolongan dari Yang Maha Berkuasa..


Sunday, March 7, 2010

Janji..


Selepas dengan mudahnya dia meminta maaf..Kini dia melafazkan janji pula..Dia berjanji tidak akan melakukan sedemikian rupa lagi..Dia tidak mahu melihat aku terseksa bercinta dengan dia..Dia mahu aku bahagia bersama dirinya..

Bukan aku tidak bahagia..Aku cuma mahukan perhatian dari dirinya..Itu yang membuatkan aku rasa lagi dihargai..

Aku harap dia akan tunaikan janjinya itu..Aku tidak mengharap apa-apa selain perhatian darinya..Hanya itu sahaja permintaan aku memandangkan dirinya sibuk dengan kerja..


Mudahnya..

Begitu mudah dia melafazkan maaf ke atas apa yang berlaku..Dia langsung tidak memikirkan akan perasaan aku..

Mengapa sukar untuk aku mengecapi bahagia seperti insan lain?? Mengapa aku harus melaluinya dugaan ini??

Aku berdoa agar Allah sentiasa kuatkan hati ini untuk terus tabah menghadapi cabaran hidup di dunia ini..AMIN..

Egokah Aku..??


Egokah aku..??

Kami selalu bertengkar tentang masa..Masa untuk bertemu..Kami terpisah jauh dek oleh tanggungjawab masing-masing..Aku belajar di Melaka dan dia bekerja di Johor..Kami hanya dapat bertemu sebulan sekali..Aku terpaksa ikut jadual kerja dia untuk bertemu..Aku redha dengan keadaan yang sebegini..

Sepatutnya kami meluangkan masa bersama pada 18hb ini tetapi dia terlupa dan telah berjanji dengan kawan-kawan untuk pergi memancing..Aku berasa sedih sangat..Air mata ini dah kering untuk mengalir..Maknanya bulan ini, kami tiada langsung untuk berjumpa..Aku telah meminta dia untuk datang pada hari ini tetapi dia enggan..Dia bagi alasan kepenatan..Dia hanya ingin habiskan masa cutinya dengan berehat di rumah..Ok aku terima alasannya..Dan kemudian aku inginkan dia menemani aku seharian ini dengan SMS tetapi dia tidak tunaikan lalu aku menelefonnya dan apabila aku bercakap tentang dirinya yang seperti tidak mempedulikan aku, dia hanya mendiamkan diri dan memutuskan talian..Sehingga sekarang dia tidak menghubungi aku dan aku tidak dapat menghubungi aku..

Egokah aku ini..?? Salahkah tindakan aku ini..?? Salahkah aku jika ingin dicintai dan mencintai..?? Mengapa dia seperti tidak memahami..??


Saturday, March 6, 2010

Tangkap Muat..

Tangkap Muat..Pasti semua orang tahu istilah ini kan..Tetapi inilah yang terjadi kepada kehidupan aku sebagai pelajar di Melaka ini..Aku terpaksa tangkap muat ahli kumpulan untuk kelas amali Sistem Mikroelektronik..hmm terpaksa kerana budak rumah aku yang sudah ada kumpulan lain..

Aku hanya mampu berharap yang ahli kumpulan aku ini akan melakukan tugasnya dalam melakukan amali nanti..dan aku juga berharap tiada sebarang masalah semasa melakukan tugasan amali..