Monday, March 8, 2010

Tak disangka..


Petang ini sesuatu yang tidak dijangka..Di dalam kelas amali Sistem Mikroelektronik, aku tidak bersama-sama dengan ahli kumpulan yang sepatutnya tetapi aku mendapat ahli yang jauh lagi baik dari sebelumnya..

Aku berada di kalangan orang-orang yang mudah dibawa bincang dan tahu membuat kerja serta ada ingin perasaan ingin tahu terhadap kerja..Aku bersyukur kerana semester akhir ini, proses pembelajaran aku seperti dipermudahkan..Mungkin ini berkat doa ibu dan ayahku di kampung..Kerjasama antara rakan-rakan yang sedia membantu..Dan juga sokongan dari orang yang tersayang..Serta usaha untuk berjaya yang tidak putus-putus serta tidak dilupakan..Memohon pertolongan dari Yang Maha Berkuasa..


No comments:

Post a Comment